19 December 2012

Allah Tak Perlu Dibela ? (Part 1)

ADA YANG MEMPERSOALKAN mengapa Allah itu perlu dibela. Hal ini kerana, hujah mereka menyatakan bahawa sekiranya Allah itu benar Maha Hebat, Maha Berkuasa, Pencipta kepada segalanya dan menguasai seluruh semesta, mengapakah Allah itu perlu dibela ?

Mengapa perlu dihukum mereka yang tidak mengikut perintahNya? Mengapa pula perlu diperangi manusia yang memerangiNya?

Allah adalah tuhan, jadi mengapa manusia perlu sibuk mempertahankanNya?

Ya benar, Allah itu tidak perlu dibela sebenarnya

Tetapi yang tunduk sujud kepada Allah, yang hendak taat kepadaNya, yang beriman kepadaNya itulah hakikatnya yang perlu dibela.

Islam wujud untuk memeberikan kemaslahatan kepada seluruh alam termasuk manusia. Memerangi Islam, atau cuba menaburkan keraguan pada Islam, samalah dengan menganggu kemaslahatan yang diperlukan oleh alam dan manusia.

Di sinilah alam dan manusia memerlukan pembelaan.

Allah Maha Berkuasa
Allah Maha Berkuasa. Dia adalah tuhan. Tidaklah memberikanNya kesukaran walaupun seluruh dunia memerangiNya. Tidaklah juga memberikanNya kerugian walaupun seluruh dunia kufur kepadanya.

Dia adalah Yang Paling Tinggi, dan Paling Kaya.

Sesiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam, (Ali Imran 3:97)

Tetapi jika kamu kafir, maka (ketahuilah), sesungguhnya apa yang di langit dan apa yang di bumi hanyalah kepunyaan Allah dan Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (An Nisa' 4:131)

Dan Musa berkata: "Jika kamu dan orang orang yang ada di bumi semuanya mengingkari (nikmat Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Ibrahim 14:8)

Allah mewujudkan Islam sebagai sistem hidup insan terunggul untuk kemaslahatan manusia itu sendiri. Dia menyuruh manusia agar beribadah kepadaNya, bergantung kepadaNya, adalah untuk kebahagiaan manusia itu sendiri. Allah menyuruh kita menjaga pantang larangNya, taat kepada perintahNya, kerana semua yang dilarangNya membawa mudarat pada insan dan alam, kerana semua yang disuruhNya bakal memberikan kebaikan dan manfaat kepada insan dan alam.

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al Anbiya' 21:107)

Semuanya adalah untuk manusia dan alam ini juga. Tiada sesen pun untuk Allah.

Allah tidak meminta apa apa dari kita, Jangan kata pembelaan, rezeki pun Dia tidak minta.

Bahkan Dialah yang memberikan.

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun sabar menunaikannya..Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberikan rezeki kepadamu.Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang orang yang bertakwa. (Toha 20:132)



2 comments:

  1. dan Allah pon pernah berfirman " Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (keperluan)nya..

    [ath-Thalaaq :2-3)

    p/s : sweet kan Allah. untungnya menjadi orang yang bertakwa dan bertawakal kepada Allah kerana Allah akan sentiasa berada di sisi kita. Yup, betul. Allah tidak perlu dibela tapi dengan sendirinya hamba-hambaNya ingin melindungi dan membela Penciptanya daripada dicaci dan dihina oleh orang kafir laknatullah.

    ReplyDelete
  2. enti kopi pes ana punya post kaa???

    ReplyDelete