05 April 2012

Sabarlah wahai hati , Belum sampai waktunya :)


Ana bukan orang yang hebat
Yang cemerlang dunia dan akhirat
Yang hebat dalam semua bidang
Yang merangkul segala kejayaan

Ana bukan orang yang alim
Yang bangkit di tengah malam untuk bersama Allah
Yang beribadah tanpa kenal erti penat lelah
Yang berzikir sentiasa mengingati Allah

Betapa syadidnya kita dengan Allah
Kita perlu menjaga hubungan kita dengan manusia
"Hablu Minallah , Hablu Minannas"

Sepertimana Ustaz Ad pernah berkata
"Jika seseorang itu membenci orang yang menjadi imam solatnya , ada ulama' mengatakan batal solat makmum itu , sebab tulah kita kena selalu menjaga hubungan dengan orang lain , biarlah imam itu tidak dibenci oleh makmummnya:"

Kita cuba melakukan perkara baik
Pasti ada yang mengatakannya salah
Kita melakukan perkara mungkar ?
Lebih banyak yang mengatakannya salah

Sabar wahai hati
Hati yang selama ini pernah dicalit kekotoran
kehitaman
Akanku usaha untuk membersihkannya
Walaupun tidak putih seperti lahirku
Cukuplah sekadar menghilangkannya drpd tidak membersihkannya langsung

"Jangan lihat siapa yang menasihatimu , tetapi lihat apa yang dinasihatinya"

"Bila dalam FB dia baik , kalau perangai dia betoi betoi , nohaiiii"

Itu persepsi manusia kan ?
Lepas tu , mereka kata kita hipokrit
Biarkan mereka
Kita cuba menjadi yang terbaik , bukan nak tunjuk baik
Sekurang kurangnya pahala akan dapat ke kita
jika Status2 ataupun post2 kita itu mengingatkan friends kita
Dalam mengingati Allah , ibadah dan sebagainya
Biarkan dia dengan sifatnya
Kerana lumrah manusia
Sifat hasad dengki sentiasa Ada

Sabar Wahai Hati , Belum sampai Waktunya :)




No comments:

Post a Comment