06 April 2012

Rabiulawal baru nak ingat Rasulullah ?


Mungkin isu ni orang tak ambik kisah sangat
Tapi perkara ini sangat penting
Mengenai kekasih Allah
Manusia mulia di muka bumi ni
Macam mana kita boleh lupa Rasulullah
walau hanya perlu berselawat
Tapi kenapa kita boleh ingat Najwa Latif
Bila kita nyanyi Cinta Muka Buku ?

Bila 12 Rabiulawal
Baru nak selawat kuat kuat
baru nak berarak
Bila hari hari biasa ?
Kita lebih ingat nak telefon pakwe/makwe kita daripada nak selawat ke atas Rasul
Itukah kita ?

Kita yang tak mengenang budi
Budi Rasulullah yang begitu besar
Rasulullah ingat kita sampai baginda wafat
Hingga perkataan terakhir baginda "Ummati....Ummati,,,,Ummati"
Kita ? Adakah kita ingat baginda ?

Setiap pengorbanan baginda kita tak hargai
Kita hanya ingat pengorbanan Perdana Menteri ja
Adilkah kita ?

Kalau dalam sehari , kita tak selawat
Nampak sangat kita tak solat
Kerana dalam solat perlu Selawat ke atas Rasul
Bukan setakat Rasul kita lupa
Allah pun kita lupa ?
Na'uzubillahminzalik~

Alhamdulillah~
Di bumi SMKAK ni
setiap lepas solat Maghrib
kami sama sama akan berselawat ke atas Rasul
dan harap perkara ini akan terus berterusan
Istiqomah sampai akhirnya
Insyallah

Awat susah sangat ?
Kat tadika pun dah belajar~
Itulah manusia
Kalau kita lupa Rasulullah
Apatah lagi Allah ?
Allah yang bg kita melihat
Allah yang bg kita mendengar
Allah yang bg kita berblogging , berFacebooking , bertwittering sampai hari ni
Tak reti reti lagi nak bersyukur

Cuba kalau Allah tarik semua nikmat tu
Kita buta , kita pekak
Mau jadi macam tuh ?

"Sabar dan Syukur ialah permainan orang Mukmin" -Abah-

Kalau dapat nikmat kita syukur
Kalau dapat musibah kita Sabar
nie dak
Kalau dapat nikmat dok bangga diri
Kalau dapat musibah salahkan Allah
Adilkah kita ?

Ana yang sedang menulis ini juga selalu alpa
Namun , setiap hari kita sama sama melonjakkan diri ke arah paradigma
Demi untuk terus menegakkan Islam
Insyallah ~

No comments:

Post a Comment