30 March 2012

Calon Suami ? Hang Nak Yang Macam Mana ?

Baru baru ni saya balek kampung
Lepas Solat Maghrib kat sana
Saya lepak kat pangkin luar rumah tok
Waktu tuh tak pasang lampu
Jadi saya sembang dengan sepupu saya dalam kelam (perempuan la)
Habes kena gigit nyamuk sebab dari hujung tudung sampai hujung kasut (termasuk stokin dan sockhand)
Semua saya pakai hitam (bajet)

Dalam kami bersembang
tiba tiba dia tanya
"Weyh Mah , hang nak calon suami yang macam mana ?"
Then saya tanya balik "Dari segi apa?"
Dia jawab "Kurus ka , gemuk ka , tough ka?"

Saya jawab "Aku tak kesah dia macam mana , kalau gemuk , gemuklah dia , kalau hitam , hitamlah dia , aku tak memilih , bukan semua tu yang dia nak bawa kat akhirat nanti , cukuplah dia tu boleh pegang tangan aku , dan bawak aku menuju ke Syurga , aku takmau lelaki yang jalan menuju Syurga pun taktau , kan ? Aku redha ja , cuma kalau boleh tu , bagi yang pandai tarannum la , bukan aku sorang ja yang nak dengaq tiap tiap hari dia baca , dia boleh geng dengan ayah aku jugak . Ayah aku suka orang yang pandai tarannum . Kalau tak pandai pun takpa , kalau pandai tu bonus la bg aku ."

Dya pulak habaq , "kalau aku , aku takmau kawen ngan Ustaz ustaz ni , menyusahkan . Bukan apa , hangtau kan aku ni rock ? Pakaian aku besa besa ja , aku tak pakai tudung labuh , baju labuh macam hang, tapi aku tutup jugak , aku pakai stokin gak . Aku takut bila jodoh aku ngan Ustaz nanti , orang akan condemn "Laki ustaz , bini ?" Aku takmau jadi camtu , kalau mmg jodoh aku ustaz , aku harap dia boleh bimbing aku dengan sungguh sungguh dalam bab pakaian ni, hehe . Lagi satu , aku takmau badan tough sangat , aku takut, hehe. Kalau macam hang ni takpalah , mmg ustazah dah pun , hati lembut , mmg patut kawen dengan Ustaz , senang suami hang nanti , Mah"

Saya terkejut
Biasalah , manusia
Ada nafsu masing masing
Dya ada cakap gak

"Hang tak belajaq lg kan Syariah ?  Aku ada belajaq , kalau nak kawen tu , kawenlah orang yg sekufu dengan hang . Contohnya , kalau Ustaz , kawen ngan ustazah , kalau doktor , kawen ngan doktor , kalau jodoh itu laenlah cita , adalah pilot kawen ngan ustazah"

Saya terfikir
"Nak kawen ngan Ustaz ? Mimpilah.."

Kalau bab jodoh ni , mmg takkan habes
Masing masing ada pilihan masing masing
Sebenarnya saya ada surat untuk calon suami saya
Ada yang original saya tulis atas kertas
Tapi Nazifa ambek sebab dia suka gila surat tu
Bg pilah kat dya
Dya dok simpan sungguh la surat tu
Surat itu berbunyi begini:


Assalamualaikum,

Apa khabar di sana ? Aku berharap agar kau masih lagi sihat dan kekal bersama solat, zikir dan ibadah ibadah kau

Seandainya kita ditakdirkan untuk berjumpa, aku berasa amat malu. Kerana diriku ini masih belum sempurna di sisi Allah. Masih lagi dengan kelekaan dan kealpaan, untuk berjumpa denganmu yang sangat sempurna imanmu, cantik akhlakmu, indah budi bahasamu, Namun aku masih cuba mempersiapkan diriku ini dengan iman yang teguh, kata kata yang manis , budi bahasa yang sopan serta akhlakku sebagai seorang muslimah, mujahidah , mukminah dan muslehah yang sejati.

Aku cuba menjaga auratku agar hanya kau yang boleh memiliki diriku. Aku cuba menjaga batasanku dengan lelaki lain kerana aku takut rahsia dan perihal diriku diketahui orang lain dan agar kau seorang sahaja yang tahu sebagai suamiku. Aku cuba menjaga pandanganku agar hanya wajahmu yang akan ku tatap nanti. Aku cuba menjaga hatiku , jiwaku , kasihku dan cintaku hanya untuk Allah dan Rasulnya seterusnya untuk dirimu.

Cintakah , kasihkah kau kepadaku sebenarnya ? Aku tahu, cintamu dan kasihmu hanya untuk Allah dan Rasulnya. Tetapi tidak terdetikkah sekelumat pun cintamu untukku? Aku tahu, kau cuba menjagaku tentang auratku, perilaku ku, kata kataku. Bahkan kau sentiasa menasihatiku apa yang baik dan  yang buruk untukku dan memberitahuku apa yang aku tak tahu.

Setiap lafaz ayat Al Quran, hadis dan sunnah yang dilafazkan olehmu merupakan kata cinta bagiku. Setiap lafaz teguran dan nasihatmu merupakan tanda cinta kepadaku. Kau ajarku erti kesabaran, derita , dan kesyukuran. Dan kini aku sedang sabar menanti dirimu, derita dengan cintamu dan bersyukur atas pertemuan kita.

Salahkah aku mencintai dirimu? Salahkah orang yang banyak berdosa ini mencintai seseorang yang sangat dikasihi Allah? Hina sangatkah aku ini sehingga tidak layak mendapat tempat di hatimu? Tidak aku berbeza dengan wanita wanita lain yang inginkan seorang insan yang sempurna.

Saat kau mula menyuruhku bersabar, hatiku bergetar, adakah ini cinta? Tetapi tidak, kau mula mengatakan bahwa cinta kepada manusia itu derita, aku mula kecewa. Tetapi kau mula mengatakan bahawa cinta sesama manusia itu fitrah dunia dan kita harus bersyukur dengannya. Hatiku bertanya , adakah orang yang ditakdirkan untukku ?

Tetapi cintaku padamu tidak pernah melalaikanku terhadap Allah dan Rasulnya. Setiap kali kau lafazkan kata cintamu, cintaku semakin dalam dan mekar bagai mawar tanpa duri , anggur tanpa biji dan cinta tanpa derita.

Aku tahu diriku tak sempurna Siti Khadijah, tak sekasih Aisyah , tak seberani Sumayyah, tak seikhlas Rabiatul Adawiyah. Namun cintaku padamu melebihi segalanya.

Sampai di sini sahaja warkah cintaku untukmu. Semoga kita berjupa dengan takdir dan jodoh-Nya. Salam Cinta

                                                                                                                      Yang tulus mencintaimu,

                                                                                                                      NURHIQMAH HAWA






No comments:

Post a Comment