30 March 2012

Mana Pergi Nurhiqmah Yang Dulu ?

Pagi tadi pi Mydin baru (alang alang dekat ngan rumah kan ?)
Saya ternampak seorang wanita terlindung di sebalik pakaian hitamnya
Terselindung di sebalik purdahnya
Membawa anak anaknya
Masih kecil tapi sudah menutup aurat
Anak lelakinya sudah dididik memakai "kopiah"
Bila dia nampak saya
Dari matanya , terlihat wajahnya tersenyum
Saya juga tersenyum

Bila cerita kejadian tu kat abah
Abah kata itulah "Ihsan"
Bukan setakat mulia dari aspek aurat , tapi akhlak dan segala galanya
Dalam hati kata "adakah aku mampu ?"

Selepas tu , saya pergi Din Borong
mak nak beli air 3 kotak untuk pejabat
Saya tunggu dalam kereta
then saya ternampak
seorang ibu menyuruh anaknya dalam usia lingkungan 7-8 tahun beli rokok
yang peliknya ada label dekat kaunter tu "untuk 18 tahun ke atas sahaja"
kenapa depa boleh biarkan seorang budak kechik beli macam tu ?
Sejak kecil dah terdidik dengan perkara macam tu , bagaimana hari dewasanya ?

Aku nak ka ?
Aku nak benda macam tuh jadi kat aku ?
Sapa pun takmau kan ?

Ramai orang kata
"Hiqmah dah tak macam dulu"
Macam mana saya nak macam dulu ?
Dulu saya sihat
Saya masih ada kudrat nak ligan orang
masih gagah lari 100 meter dan dapat pingat emas
Masih kuat main bola jaring , bola baling dan segala galanya

Saya nak makan apa ?
Semua saya boleh makan

Sekarang ?
Saya tak boleh makan kacang , semua jenis pulut , dodol , makanan sejuk , makanan pedas , teh , air sejuk , pisang , manggis , rambutan , jambu dan semua buah buahan tempatan dan macam macam lagi
Sekarang ?
Saya tak boleh lari , tak boleh naik tangga , tak boleh kena habuk , setiap malam dan pagi saya kena pam "inhaler"
Ke mana mana sahaja saya kena bawa inhaler
saya tak boleh kena sejuk , aircond dan segalanya saya tak boleh

Bagaimana saya nak sama seperti Nurhiqmah dulu ?
Yang suka ligan orang ?
Yang suka wrestling tangan ?
Yang suka berlari sana sini ?
Yang suka tergedik gedik masuk acara sukan macam macam ?
Yang suka marah orang ?
Yang suka pulun sorang sorang ?
Yang suka sengih sorang sorang sampai nampak gigi ?
Yang suka lawan cakap orang lain ?
Yang suka bangga bila dapat cemerlang ?

Dah tadak Nurhiqmah yang tu
Yang ada cuma Hiqmah yang lemah
Yang selalu diasingkan waktu kelas PJ
Yang akan diketepikan waktu merentas desa
Yang selalu duduk tgk Hari Sukan
Yang tak boleh berdiri lama
Yang selalu akur apa yang orang kata
Yang hanya mampu menitiskan air mata

Kadang kadang saya terfikir
Dunia banyak bohong saya
Penuh dengan kedustaan , penipuan , kepura puraan
Kenapa persinggahan itu menyakitkan ?

Kerana Destinasi itu bukan sesuatu yang mudah~

No comments:

Post a Comment