23 December 2011

Surat Cinta Untuk Akmal Habib

"Uweek ! Uweek !" , Maka lahirlah dua orang pasangan kembar perempuan hasil pernikahan antara Hafiz dan Hafizah . "Syukur Ya Allah , akhirnya kau kabulkan permintaan kami . Penantian kami selama 9 tahun ini tidak sia sia " . Hafiz terus mendukung kedua anak kembarnya lalu dialungkan azan . Kakaknya diberi nama Saydatina Anaqah . Manakala adiknya Saydatina Anaqi .

Anaqah dan Anaqi diberi didikan penuh kasih sayang . Ilmu agama yg mencukupi . Anaqah dan Anaqi kedua duanya mempunyai rupa paras yg cantik juga tahap keimanan yg tebal . Namun si kakak merupakan seorang yg pendiam manakal adiknya seorang yang peramah dan periang . Mereka dihantar ke sekolah agama .

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saydatina Anaqah yang sifatnya lebih pendiam mempunyai ramai peminat dari kalangan senior mahupun rakan sekelas . Setiap pagi , mesti ada orang yg akan letakkan hadiah di bawah mejanya . Akhirnya semua hadiah itu tempatnya di tong sampah . Anaqah juga mempunyai suara yang lunak dan gemersik . Apabila Anaqah membaca Al Quran di surau , semestinya ada pelajar lelaki yg duduk di saf belakang sekali di bahagian muslimin untuk mendengar bacaan Anaqah . Anaqah juga memakai purdah . Oleh kerana itu , pelajar pelajar lelaki di sekolahnya tidak pernah melihat rupanya . Namun mereka pasti wajahnya sangat cantik seperti Anaqi .

Lain kisahnya dengan Anaqi . Oleh kerana Anaqi seorang yg peramah , maka dia sudah terbiasa dengan pelajar lelaki . Ramai pelajar lelaki bertanya kepada Anaqi tentang Anaqah .Jadi , semua maklumat Anaqah diberitahu oleh Anaqi . Walaubagaimanapun , Anaqah dan Anaqi tetap saling menyayangi . Dalam kelas , Anaqah dan Anaqi duduk bersebelahan , Anaqah lebih pandai dari Anaqi . Itu sajalah perkara yang membuatkan Anaqi iri hati akan Anaqah . Anaqah sering dipuji oleh ibu , ayah dan guru guru di sekolahnya . Namun , Anaqi tetap bertekad untuk menandingi kakaknya itu .

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saydatina Anaqah sering menulis sesuatu di kertas ketika masa lapang . Anaqi yang sudah lama memerhatikan kakanya itu bertanya kepada kakaknya . "Kakak tgh tulis surat untuk siapa tu ? Boyfriend la tuu". "E'eh , couple tu kan Haram , ape la adik nie , nanti adik tahulah sendiri" jawab Anaqah . Seringkali Anaqi melihat kakaknya menulis surat , lalu dimasukkan ke dalam sampul . Tapi Anaqah tak pernah menghantarnya . Perkara ini menyebabkan Anaqi berasa hairan . Namun , Anaqi tidak memperdulilkan hal itu .

----------------------------------------------------------------------------------------------------


Ketika di tingkatan 4 , Saydatina Anaqah dilantik menjadi Exco Badan Dakwah Dan Rohani ( BADAR )
Anaqah memegang jawatan Naib Presiden , manakala Presiden disandang oleh Akmal Habib . Akmal Habib dikatakan sangat bertuah kerana selalu mendapat peluang bercakap dan berjumpa Anaqah dek kerana mereka memegang jawatan yg penting . Akmal Habib adalah salah seorang peminat Anaqah tetapi dia tidak pernah meluahkan perasaannya . Bila adanya perbincangan , mereka berdua saling menundukkan pandangan .

Tanpa disedari , rupanya Saydatina Anaqi menyimpan perasaan terhadap Akmal Habib . Seringkali diceritakan tentang Akmal Habib kepada Saydatina Anaqah . Anaqah hanya mampu mendengar celoteh adiknya itu .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada suatu pagi , di kelas Syadatina Anaqah dan Saydatina Anaqi , Akmal Habib datang ke pintu kelas mereka berdua . "Assalamualaikum Ya Ustaz , izinkan ana berjumpa Saydatina Anaqah ?" Tanya Akmal Habib . " Enta ada bawak teman ?" Soal Ustaz . "Saydatina Anaqah boleh bawa Saydatina Anaqi sekali " Jawab Akmal Habib." Na'am . Tafadhal ya Saydatina Anaqah" . Ustaznya membenarkan . " Syukran ya Ustaz " lalu Anaqah pergi berjumpa Akmal Habib .

"Ada apa enta nak berjumpa ana ?" Tanya Anaqah . "Begini , di sekolah kita ada tangkap beberapa orang pelajar perempuan yang ponteng solat Zohor , ana nak minta enti selesaikan " . Jelas Akmal Habib . " Insyallah , sekarang pelajar pelajar tu ada dekat mana ?" soal Anaqah . " Ada di bilik BADAR " . Saydatina Anaqah segera beredar ke bilik BADAR bersama sama Saydatina Anaqi dan Akmal Habib .

Sampai di bilik BADAR , Saydatina Anaqah cuba mentarbiyah pelajar pelajar tersebut secara bersopan . Akmal Habib yang ada di situ makin terkesima dengan cara Anaqah mentarbiyah mereka . " Sungguh lembut caranya , sangat bersopan " detik hati Akmal Habib . " Astaghfirullah , Akmal Habib ! Ingat Allah , kau takkan kalah kepada seorang perempuan". Akhirnya Akmal Habib hanya menarik nafaz panjang .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saydatina Anaqah bangun untuk bertahajjud pada malam harinya . Anaqah takkan melepaskan peluang untuk bertahajjud kerana itulah satu satu nya masa yang dia sempat untuk mendekatkan diri kepada Allah . Saydatina Anaqah berdoa " Ya Allah Ya Rabb , aku bersyukur kerana Engkau memberikan aku peluang untuk terus hidup hingga hari ini . Sesungguhnya aku takut aku derhaka dalam ketaatanku , Sungguh Ya Allah , aku sememangnya tidak pandai beradab ketika mengadapmu , tapi sungguh , aku mecuba yang terbaek . Ya Allah , aku merasakan perasaan yang berbeza , perasaan cinta akan salah seorang hambaMu , tidak pernah aku ingin menyimpan perasaan ini , aku bersyukur kerana Engkau mengurniakan perasaan ini tetapi lindungilah aku dari segala perkara perkara mungkar . Andai aku diberi pilihan antara keluarga dan cinta , aku memilih keluarga , sungguh aku tidak punya sesiapa melainkan Engkau dan keluargaku . Rabbana Atina Fiddunya Hasanah , Wa Fil Akhiratihasanah Waqina A'zabannar . Ameen "

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan paginya , Saydatina Anaqi mendapati kakaknya tidak berada di katilnya . Pabila dicari di biliknya , rupa rupanya kakaknya sedang sujud dalam solat . " E'eh , sekarang pukul 9 pagi , takkan dah solat Dhuha ? Lain macam ni ". " Akak , akak ," . Saydatina Anaqah masih kaku , apabila ditolak tubuhnya , tubuhnya rebah , mukanya sedang tersenyum . " Ummmmmmmiiiii ! Abiiiiiiiiiii !  Ya Allah , akak ! " . Umi dan Abi berlari mendapatkan Anaqah , tetapi sudah terlambat ! Saydatina Anaqah Binti Abdullah Hafiz telah pergi menghadap Ilahi pada waktu Subuh pagi Jumaat .

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seminggu selepas kematian Anaqah , Anaqi masih bersedih , menangis meratapi pemergian kakaknya . Ketika Anaqi sedang membelek meja Anaqah , Anaqi membuka laci mejanya , kelihatan beberapa keping surat yg ditulis oleh kakaknya dulu . Di sampul surat tertera "Untuk Akmal Habib" .
Dibacanya surat itu

Assalamualaikum ya akhi ,


Masih ingat pertemuan pertama kita ? Purdah ana terbang sebaik saja ana keluar dari tandas , dan entalah orang pertama melihat wajah ana di sekolah , memang jodoh kan purdah ana terbang kat enta ?


Enta pernah kata enta sukakan ana . Ana tak boleh nak tepis perasaan ana terhadap enta . Ana pun sukakan enta tapi , Saydatina Anaqi juga menaruh perasaan dekat enta . Ana tak boleh nak buat apa apa memandangkan Anaqi tu adik ana . Ana sebagai kakak terpaksa mengalah .


Cinta dan kasih ana biarlah hanya untuk Allah dan Rasulnya . Jadi pesan ana , tolonglah jaga Anaqi baik baik , anggaplah Anaqi seperti ana . Ana amat menghargainya .Syukran .


                                                                                                 Yang tulus ikhlas ,
                                                                       Saydatina Anaqah Binti Abdullah Hafiz








Menitis air mata Anaqi membaca surat tersebut . Rupa rupanya dialah penyebab cinta terhalang kakaknya , Beberapa lagi surat dalam laci tersebut adalah pesanan Anaqah terhadap Akmal Habib .
" Maafkan aku , kakak.."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya selesailah pernikahan antara Saydatina Anaqi dan Akmal Habib . Pengorbanan yang dilakukan oleh Saydatina Anaqah tidak sia sia . Akhirnya Saydatina Anaqi dan Akmal Habib bahagia hidup bersama dalam Baitul Muslim yang dibina mereka :)


-TAMAT-

No comments:

Post a Comment