21 December 2011

Selamat Tinggal Cintaku :'(

Hujan turun renyai renyai . Nurul masih memegang slip keputusan PMR yg baru diperolehnya pagi tadi . Sambil duduk di tepi tingkap hospital , Nurul memikirkan pelawaan ayahnya . "Nurul nak hadiah apa ? Nanti ayah belikan"
Nurul hanya mampu menjawab , "Nanti Nurul fikirkan , Nurul pun tak tahu , ayah"

Sejak dari kecil , Nurul dibiarkan hidup bersama datuk dan neneknya di kampung kerana ibu dan ayahnya sibuk bekerja di bandar . Maka , Nurul tidak terbiasa dengan ibu dan ayahnya dek kerana mereka jarang sekali datang melawat Nurul di kampung . Nurul juga mempunyai seorang adik perempuan . Namun , Nurul tidak pernah kenal kerana ibu dan ayah Nurul tidak pernah membawa adiknya berjumpa dengannya .

Seminggu sebelum PMR dijalankan , hidung Nurul kerap berdarah , rambutnya mulai gugur . Nurul fikirkan perkara itu hanya sebab panas . Apabila dibawa berjumpa doktor , Nurul disahkan menghidap penyakit Leukimia . Hampir luruh jantung datuk dan neneknya , tapi Nurul , hanya tersenyum hambar lalu berkata kepada datuk dan neneknya , "Nurul bersyukur , akhirnya Nurul tak perlu susahkan ibu , ayah , atuk dan nenek lagi , Nurul dah tak mampu " .

Pada malamnya , Nurul bangun bertahajjud kepada Allah , lalu berdoa, "Ya Allah , ampunkan dosa dosaku , ampunkan dosa kedua ibu bapaku , ampunkan dosa guru guruku , ampunkan dosa keluargaku , ampunkan dosa sahabat sahabatku , ampunkan dosa seluruh muslimin dan muslimat di dunia ini Ya Allah , Ya Allah Ya Rabb , andai Kau takdirkan aku begini , aku redha , Namun , berilah aku kesempatan merasai kasih sayang seorang ibu . Adakah aku bersalah ? Menyusahkan ibuku ketika melahirkanku ? Kenapa ibu tak pernah cium aku Ya Allah ? Tidak pernah aku merasa kehangatan pelukannya . Aku dambakannya . Cukuplah hanya untuk satu ketika . Kau murahkan rezeki mereka Ya Allah . Kau sayangilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka menyayangiku sewaktu kecilku" . Selepas selesai berdoa , Nurul menangis sepanjang malam .

Di sekolah , Nurul menyimpan perasaan terhadap salah seorang seniornya . Namanya Hafiz , tingkatan 5 sains 1 . 2 tahun lebih tua daripada Nurul .Saat pertama perkenalan mereka ketika Nurul di tingkatan 1 . Nurul tersesat ke blok tingkatan 3 , lalu terserempak dengan Hafiz . Hafiz menilik seorang gadis remaja yang belum pernah dijumpainya lalu terdetik di hatinya " cantiknya dia " ."Astaghfirullah , zina mata Hafiz !" . Lalu dengan menundukkan pandangannya , bertanya kepada Nurul , "Enti ini siapa , cari apa ? Ana Muhammad Sayyid Hafiz " Nurul terkejut lalu terpandang seorang jejaka di belakangnya . "Ana Nurul Zatunnur Layyin , ana tengah mencari blok tingkatan 1 " . Hafiz mengangguk , " Mari ikut ana" . Mulalah detik detik bahagia Nurul bersama Hafiz . Namun mereka tidak pernah berkata apa apa . Hanya menyimpan perasaan sahaja .

--------------------------------------------------------------------------------------------

Muhammad Sayyid Hafiz merupakan Ketua Badan Agama di sekolahnya . Dia juga memegang jawatan jawatan penting . Setiap Subuh , Hafiz merupakan orang pertama pergi ke surau untuk melaungkan azan . Pada satu Subuh , dia seperti biasa hendak ke surau , tiba tiba dia terdengar suara menangis di sebelah muslimat . Hafiz ragu ragu sama ada perlu dia pergi melihat ataupun tidak . Berbekalkan keimanan dalam hatinya , dia menyelak langsir yg memisahkan antara muslimin dengan muslimat . Dilihatnya Nurul sedang menangis dalam telekungnya . Hafiz terkedu , sambil menarik nafaz panjang , Hafiz membiarkan Nurul di situ kerana takut terjadinya fitnah antara mereka di rumah Allah  lalu melaungkan azan . Lunak dan gemersiknya suara Hafiz adalah salah satu sebab mengapa Nurul menaruh perasaan terhadapnya .

-----------------------------------------------------------------------------------------

Rambut Nurul yang gugur kian bertambah , hidungnya juga  kerap berdarah . Pernah sekali , hidungnya berdarah di kelas , Cepat cepat Nurul berlari keluar dari kelas menuju ke tandas . Sedang Nurul berlari , dia terbelah seorang lelaki yang mengakibatkan Nurul terjatuh terjelopk ke lantai . Didongaknya ke atas , "Abang Hafiz , tolong Nurul " Lalu Nurul pengsan . Hafiz dengan segeranya meminta bantuan guru guru .

Sepanjang perjalanan ke hospital , Hafiz risau akan keadaan Nurul . Ya , Hafiz sudah jatuh cinta akan solehnya seorang wanita , mulia akhlaknya , sopan tutur katanya . Datuk dan nenek cuba menelefon ayah dan ibu Nurul , namun mereka terlalu sibuk , malam nanti baru mereka boleh datang melawat . Nurul hanya mampu tersenyum . Hafiz hairan dengan sikap Nurul , bila kesakitan , orang selalunya akan sedih ataupun menangis . Tetapi Nurul tidak , dia selalu tersenyum .Itulah yang menarik hati Hafiz jatuh ke cinta Nurul . Setiap hari Hafiz akan dendangkan lagu Saydatina Asma untuk Nurul . Katanya Nurul mirip dengan Saydatina Asma , seorang yang tabah .

Oleh kerana Nurul terpaksa dimasukkan ke wad , Dia terpaksa mengambil PMR di atas katil .Dengan penuh daya , Nurul cuba sebaik mungkin agar dapat menghadiahkan 9 A kepada ibunya . "Mungkin ibu akan lebih sayangkan aku kalau aku berjaya " "Ya , aku mesti buktikan" . Selepas seminggu PMR tamat , Nurul semakin nazak . Setiap hari Hafiz datang melawatnya . Tidak pernah jemu membaca ayat ayat suci Al Quran . Nurul suka sekiranya Hafiz membacakannya 2 ayat terakhir Surah Al Baqarah .

Semakin hari semakin nazak , sebelum Nurul menghembuskan nafasnya yang terakhir , Nurul berpesan agar Hafiz menyerahkan surat yang ditulisnya kepada ibunya . Pada saat nafas yang terakhir , Nurul berkata kepada Hafiz , " Selamat Tinggal Cintaku , Assalamualaikum" . Menitis air mata Hafiz . " Andainya Nurul juga tahu aku juga cinta kepadanya . Cintaku kerana Allah ." Lalu Hafiz berkata kepada Nurul " Terima Kasih kerana menjadi jodohku buat seketika , Syukran " . Lalu pergilah Nurul Zatunnur Layyin mengahadap Ilahi . Hafiz menangis di penjuru bilik . Meratapi pemergian Nurul , cinta hatinya .

---------------------------------------------------------------------------------

Ibu dan ayah Nurul sampai di pintu bilik hospital , dilihat mereka sekujur tubuh yang kaku . Ibu Nurul menangis di tepi jasad Nurul . Dicium cium mukanya . Hafiz yang terlihat perbuatan ibunya itu berkata " Kalaulah makcik buat mcm tu waktu Nurul masih hidup , mesti Nurul takkan jadi mcm ni , Nurul ada tinggalkan surat untuk mak cik,  nah" . Ibu Nurul mengambil surat yang dihulurkan dengan tangan yang bergetar getar . Lalu dibacanya

Assalamualaikum ibu ,
Mungkin bila ibu baca surat ni , Nurul dah takder . Nurul redha , Mungkin dengan pemergian Nurul ni , Nurul takkan menyusah ibu dan ayah lagi .


Nurul teringin nak peluk ibu , teringin nak cium ibu , teringin nak dengar pujian dari ibu . Nurul nak semua tu ibu . Bila Nurul tengok kawan kawan Nurul dengan ibu mereka , Nurul dengki . Nurul pun nak juga .


Seandainya Nurul ditakdirkan hidup lebih lama , Nurul nak bahagiakan ibu . Tapi ibu , Nurul hidup tak lama . Untuk mengubati rindu Nurul dkeat ibu , Nurul junpa Hafiz . Dia yang teman Nurul menjalani sisa sisa hidup dekat Hospital ni . Dia yang baca Al Quran untuk Nurul . Doa untuk Nurul .


Dulu ayah tanya Nurul nak hadiah apa kan ? Nurul cuma nak ibu dan ayah untuk peluk Nurul sebelum Nurul pergi . Namun , hajat Nurul tak tercapai nampaknya . Tapi takpelah . Nurul redha :)
Nurul rindu ibu , rindu sangat .


Seandainya ibu , seandainya , ibu ada saat ini ....................










                                                                                        Yang Iklas , anakmu,
                                                                                       Nurul Zatunnur Layyin




Akhirnya ibu Nurul menangis menyesal . Maka berakhirlah pertalian Nurul dengan Dunia . "Andai aku ada untuk Nurul dulu" ......

1 comment:

  1. ya allah ,
    sedihnya story nih .
    baik si hafiz tuh datang melawat tiap2 hari dan baca ayat quran .

    ReplyDelete