24 December 2011

Pondok Kecil Kita :)

" Azeem ! Balek sebelum Maghrib ye sayang ! " pekik mak . " Nanti Azeem balek la mak , Azeem main dekat pondok je ".

"Assalamualaikum ! Pak cik ! Chah ade kat rumah tak ? " . " Ade , tunggu sekejap ye Ajim ! " . Setelah aku menunggu selama 15 minit , akhirnya Chah turun . " Eh , Ajim , jom kita g pondok " . "Jom! " . Ayah Chah ada membinakan kami sebuah pondok kecil untuk kami berdua bermain , memandangkan Chah menghidapi penyakit yang serius sehingga dia tidak dibenarkan keluar rumah . Jadi , aku sebagai jirannya selalu menemaninya bermain di pondok kecil kami .

"Chah ! Bila kita besar , kita kawen erk ?" dengan selamba aku bertanya . " Chah tak nak kawen dengan Ajim , Chah nak belajar pandai pandai , pastu jaga ibu dan ayah Chah ". Sayu hati aku bila  Chah cakap macam tu . Tapi aku tak akan mengaku kalah . " Ok , kalau macam tu , kita buat perjanjian , mulai sekarang , kita takkan jatuh cinta sesama kita ,kita takkan berahsia .". "Chah ok je , tapi takut Ajim yang kalah ".

Perjanjian kami ditulis di kertas A4 , disertakan cap mohor iaitu cop pejabat ayahku , aku meminjamnya lalu kami bingkaikan surat tersebut lalu gantungkannya di pondok kami . Maka termeterailah perjanjian kami .

15 tahun kemudian ...

Telefonku berdering , Chah menghantar SMS , "Ptg nie mcm biase , tempat biase" . Aku faham maksudnya tempat biasa memandangkan kami hanya akan berjumpa di pondok pada waktu petang . dari umur 10 tahun , sampai sekarang , kami masih bermain di pondok kecil  kami .

"Ajim , Chah nak gtau sesuatu kat Ajim" beritahu Chah perlahan . " Apadia ? Cakaplah , sejak bila kau dah pandai malu malu kerbau dengan aku lak ni ?" Aku ketawa . Lalu Chah mencubit pahaku ." Eh , aku series nie , sebenarnya Chah dah nak bertunang , dengan pilihan ibu" terang Chah "Hah ? biar betul ?" aku yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Chah tetapi terhalang dek kerana perjanjian kami 15 tahun dahulu merasa kecewa . Tapi aku cuba menepis perasaanku. " Haha , jadi ? aku kesah ape kau nak bertunang ke tidak ?  Ada masalah dengan aku? " Merah menyala muka Chah lalu dia berlari pulang ke rumahnya .

Selama tiga hari Chah merajuk dengan aku . Selama tiga hari jugak Chah tak balas mesej aku . So , aku decide untuk telefon dia . Bila dia angkat , dia senyap . "Assalamualaikum cik adik intan payung pujaan hati abang tercinta , merajuk lagi ke ? Jangan merajuk sangat la weyh , nanti cepat tua kau tu , nanti tak sempat nak kawen , Haha " . Chah hanya mendengus kecil . "Kau nak ape call aku ?" soal Chah . " E'eh , kau tanya aku pulak ? Ye la , aku tau kau merajuk kes aku ngata dekat kau hari tu kan ? Saje je aku nak pujuk kau , kau tau , boring gile aku bila kau merajuk , sebab tu aku tak tahan tunggu api kau reda . " Chah ketawa . Aku tahu dia memang suka dengar lawak aku . "Chah , esok aku hantar kau g kampus erk ? Kereta aku dah  ok , aku segan la asyik naik kereta bapak kau je " . "Hurm , kenal malu pulak kau nie , aku pikir muka kau tu muka tembok " . Aku hanya gelak kecil . " Aee cik adek , mengata lebih nie , dah dah , kau jangan nak merajuk lagi , oklah , aku nak kena teman mak aku g beli barang ni , Assalamualaikum" .

Esoknya , sedang aku tengah lepak minum air dengan kekawan aku , Chah datang . " Weyh Ajim , aku dah tau nama bakal tunang aku , nama dia Faiz , hensem weyh , bertuah giler aku ." Chah ceritakan pasal Faiz dengan penuh riak ceria di wajahnya , aku hanya mampu tersenyum pasrah . Tidak ada yang lain aku mampu lakukan . "Weyh ! kau dengar ke tak ape yg aku cakap nie ? Sempat lagi kau mengelamun?" marah Chah . " Mana ada , aku dengar la , ishh kau ni , kau tu perempuan , tak malu ke dekat kawan kawan aku ? " aku marah Chah . Chah hanya menjegilkan matanya . " Weyh Chah , kau tahu tak , Ajim dah ada awek baru ," celah Azmer , kawan Ajim . " Fuyooo ! Biar betul kau ni , sejak bile kau pandai rahsia dengan aku ni? " Tanya Chah . " Ish , mana ada , minah tu yang minat dekat aku , aku tak layan ," terang aku . Akhirnya perbualan kami berlanjutan hingga Chah mengajak aku pulang .

Selang beberapa hari , aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti of Ottawa , Canada . Aku memutuskan untuk memberitahu hal ini kepada Chah kerana tarikh aku berlepas ke Canada sama dengan tarikh Chah akan bertunang . Petang esoknya , aku ajak Chah berjumpa di pondok kecil kami . " Weyh , pehal nak jumpa nie ? Tak pernah pernah kau ajak aku jumpa , selalunya aku yg ajak kau . Apa benda yang kau nak gtau aku nie ? Cam series je" Soal Chah . " Tak , sebenarnya , aku...aku...aku dapat tawaran g belajar kat Canada , aku kena berlepas hari yang sama kau bertunang." Jelas aku . " Jadi kau tak datang la ? Sampai hati kau Ajim ! Dulu , kau minta aku teman kau pergi jumpa awek kau , aku teman ! Semua kau mintak , aku tunaikan . Itu hari aku nak bertunang Jim ! Aku nak bertunang ! Sampai hati kau buat aku mcm nie ! Kau sorang je kawan aku , tapi ini yang kau hadiahkan kat aku ? Terima kasih Ajim ! " Basah baju Chah dek kerana air matanya . Lalu dia berlari menuju ke rumahnya . " Chaaahhhhh !"

Aku jauhkan diri dengan Chah kerana aku tahu , dia milik orang lain . Aku hanya mampu mendoakannya . Sambil itu , aku mengemas ngemas pakaian yang ingin dibawa ke Canada . "Aku tak ingin Chah , tapi kan kita dah berjanji ?" bisik hatiku .

Pada hari pertunangan Chah , aku mengambil keputusan untuk tidak menghadirkan diri . Kerana aku takut , aku akan menyebabkan masjlis itu rosak . Selesai solat Zohor aku berdoa


Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin

Selepas selesai berdoa , Ajim nekad untuk berjumpa Faiz , sebelum acara bermula . Ajim memanggil Faiz untuk bercakap berdua . " Memandangkan kau nak bertunang dengan Chah , kau kena mintak persetujuan aku dulu , Chah tak boleh jalan lama lama , dia takleh minum air sejuk , dia tak suka warna pink , kalau berjalan ngan Chah , jangan jalan sebelah sisi kiri , dia tak suka , Chah tak boleh makan makan pedas , Chah ade gastrik , so kau kena jaga makan dia selalu sebab dia selalu lupa nak makan , Chah ada asthma , so make sure kalau keluar g jalan jalan dia bawak inhaler . So , yg tu je " jelas aku . " Kau tau banyak pasal Aisyah , Aisyah pun citer pasal kau jugak , habes semua dia citer" . Aku hanya ketawa .

Aku meninggalkan majlis lalu beredar ke airport . Sementara menunggu flight , Aku dapat panggilan . " Assalamualaikum , ini Encik Mohd Azeem ke ?" . soalnya . "Ya saya , ada apa ye ?" soal aku . " Kami nak maklumkan bahawa  Cik Aisyah telah mengalami kemalangan  " . " Ya Allah ! Macam mana boleh jadi macam ni ?"
Aku bergegas ke hospital . Chah masih terlantar dalam keadaan kritikal . Aku masuk ke biliknya . Aku genggam erat tangannya . " Chah  , tolong maafkan aku , jangan tinggalkan aku , aku tak sanggup . Aku tak mampu luahkan perasaan aku , Aku cintakan kau , tapi , oleh kerana perjanjian kita , aku tak boleh , Bila aku pikir kau akan jadi milik orang lain , aku tak sanggup menghalang kebahagiaan kau , aku tak nak . Dulu , bila aku suka awek lain , kau yang tolong aku , bila aku nak mintak no telefon mereka , kau yang tolong . kau tak pernah cemburu kenapa ? Kau takder perasaan dengan aku ke ? Chaaahh" .
"Aku cintakan kau , Mohd Azeem " . " Ti , ti ,ti ,tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii" . "Chahhhhhhhh ! Kenapa kau buat aku macam ni ? Chaahhhh! .
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah siap aku bingkaikan , aku gantungkan berhampiran dengan perjanjian kami 15 tahun dahulu . Ya , aku gantungkan sijil kematian Chah . Sedang aku menggantungnya , aku ternampak ukiran di pondok kami . 
                                                     CHAH LOVE AJIM
         PONDOK KECIL KITA

"Aisyah...."

No comments:

Post a Comment