10 May 2012

Ikhtilat Yang Diharuskan & Adab Adabnya :)

Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram,
maka ia adalah suatu perkara  yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau
keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan menyebut dalam kitabnya ‘al-mufassal
fi al-ahkam al-mar’ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di
bawah.

Pertama : Harus kerana terpaksa (dhorurah).
 Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi
dengan katanya : Berkata ahli mazhab Shafei : Tidak ada perbezaan dalam pengharaman
khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum
ini keadaan seperti dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita
ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan
wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum
menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti
seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa,
jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua : Harus kerana keperluan (hajat).
 Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang
haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara
lelaki dan perempuan.

1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawarmenawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan
memelihara adab-adab pergaulan.

2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam
semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti
ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa,
tertuduh, saksi dan lain-lain.

3. Ikhtilat kerana menjadi saksi.
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes-kes berkaitan dengan harta dan hakhaknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhit surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan
mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

4. Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab
(r.a) telah melantik as-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan
bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

5. Ikhtilat kerana melayan tetamu.
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syarei
seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur
dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada meriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (s.a.w.) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk
baginda (s.a.w.).

6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan
tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin
memuliakan Rasulullah (s.a.w.) dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang
sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersamasama baginda. Ini bererti bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu
untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

7. Ikhtilat dalam kenderaan awam.
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan,
walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua
ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan
awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan
lelaki ajnabi , dia mungkin duduk atau berdiri di tepinya. Percampuran ini diharuskan
oleh keperluan yang syarei.

8. Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad.
Antara contoh pergaulan semasa jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan
seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana
masalah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada ar-Rabei binti Muawwiz
katanya : Kami bersama Nabi (s.a.w.)  merawat pesakit, memberi minum dan dan
menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.
Antara suasana yang diharuskan ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari
meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua
rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati
mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama Baginda ialah Bilal.

10. Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.
Tersebut dalam kitab Muwatta persoalan :  Adakah harus bagi wanita makan bersama
hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan
tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadangkadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya.
Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak
saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan  berlaku percampuran
antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini
semua diharuskan selagi terpelihara adab-adab Islamiah.

Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan perempuan


Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat  dalam suasana terpaksa dan keperluan,
namunIslam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita.
Perkara-perkara inilah yang akan mengekang  sikap-sikap serong dalam pergaulan antara
wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada
di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli-belah, bersiar-siar, berpolitik, amalamal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama
Islam kita. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang
kecelakaan.

1. Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan


a. Ucapan yang makruf dan sopan Firman Allah :  Dan ucaplah kata-kata yang  makruf. Maksudnya, mereka
ditegah sama sekali mengucapkan  kata-kata yang janggal pada pandangan
susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

b. Menundukkan pandangan
Dalam surah an-Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan
masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.


c. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah
(s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi
peluang kepada wanita keluar dulu.-Ibnu Syiahab az-Zuhri.


d. Tidak berkhalwat (berdu-duaan)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w.)
bersabda :  Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan
seorang wanita yang bukan mahramnya.

e. Menghindari tempat shubhat
Sabda Rasulullah (s.a.w.) :  Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…
(Riwayat Bukhari)

2. Adab khas untuk wanita


a. Iltizam dengan pakaian Islam
Firman Allah :  Wahai nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak
perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.  Dan firmannya lagi :
Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah
bertabarruj.


b. Serius dalam ucapan. Tidak mengada-ngada atau bermanja-manja dalam
percakapan.
Firman Allah :  Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanjamanjakan ) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya
terdetik untuk menggodamu.

c. Menjaga pergerakan
Tidak harus mereka memperlihatkan  liuk lituk dan lenggan lenggok yang
menggoda. Firman Allah : Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik
perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.

No comments:

Post a Comment