10 May 2012

2 Minggu dipenuhi dengan Muhasabah dan Tarbiyyah :)

"Dapatkah selamanya kita bersama , menyatukan perasaan kau dan aku ," -Tentang Rasa oleh Astrid

Minggu pertama memulakan sesi persekolahan ,
Alhamdulillah , sekali pun tak tinggal kelas ,
dan pada minggu inilah ,
setiap petang jam 6:30 petang hingga lepas Isyak ,
saya luangkan masa bersama Kak Shahidah atau lebih dikenali sebagai Kak Che Dah ,
Banyak yang telah beliau tarbiyyah saya ,
Perkara yang saya anggap betul , rupa rupanya semuanya salah ,
setiap masalah saya ceritakan padanya ,
begitu juga sebaliknya ,
Dan kami dua orang boleh dikatakan "kamceng" ,
sebab dua dua perangai sama :)

Setiap kali kami berjumpa ,
semestinya ada buku yang harus saya pegang ,
Bila Kak Che Dah belajar Bio , Kimia , Add Math , Math Mod , beliau akan terangkan kepada saya ,
dan setiap masalah dalam pelajaran , saya tanyakan kepadanya ,
Alhamdulillah , Mathematics saya semakin baik berkat tunjuk ajar beliau ,
Dan juga dalam permasalahan agama ,
Kerana beliau merupakan ex-MMAS .
Beliau yang memberikan semangat kepada saya untuk berusaha ,
terutamanya Mathematics ,
dan Alhamdulillah ,
ramai kawan kawan yang tegur ,
saya dah makin berubah ,
Alhamdulillah , Hidayah Allah barangkali :)
Semuanya berkat usaha Kak Che Dah .

"Tiap tiap kali jumpa Hiqmah , mesti dia study" -Anis Athirah-
Mak saya dah beli berpuluh buku latihan ,
takkan nak biarkan ?
dan pendorong semangat saya untuk buat semua buku itu juga Kak Che Dah :)
Beliau antara orang paling berharga buat saya :')

Minggu kedua juga Alhamdulillah ,
saya tak pernah tinggal kelas ,
dan minggu ni sekali pun saya tak jumpa Kak Che Dah ,
sebab saya sibuk , beliau juga sibuk dnegan SPM nya ,
Dan minggu ni memang saya struggle ,
saya berjaga malam buat Math ,
dan saya pernah terbangun pukul 3.30 pagi ,
Perkara utama memang study study dan study ,
Ada kawan kawan minta tolong bantu ,
tapi saya terpaksa tangguh terutamanya untuk Sejarah ,
sbb saya takut depa akan lupa pulak nanti ,

Minggu ni jugak saya dapat surat layang ,
dan ada beberapa teguran ,
tapi dalam bahasa yang menyakitkan hati ,
sebelum ni ada org tulis macam macam kat meja makmal ICT pasal saya ,
then tulis kat kerusi kat Library dengan liquid ,
semuanya kata kata buruk untuk saya ,
saya terkejut jugak dan agak down semangat yang berkobar kobar selama ini ,
then kawan kawan saya datang memujuk untuk saya meneruskan perjuangan :)
Terima Kasih Kawan Kawan :)

Dan saya harap kawan kawan saya mendoakan kejayaan saya pada Peperiksaan Pertengahan Tahun nanti :)

Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment