26 April 2012

Perpustakaan Cinta :)

Sedang aku duduk berbincang tentang tugasan mencari perihal penyakit di Perpustakaan Negeri di Alor Star bersama kawan kawan ku ,
Aku terpandang sekujur tubuh ,
Seorang lelaki berkopiah serta memakai baju berwarna biru muda ,
sedang menghadap laptopnya bersama kawannya yang berpakaian sama sepertinya ,
Tidak ku sangka , sekujur tubuh itu telah menarik perhatianku ,
Sedang aku melihatnya ,
matanya membalas pandanganku ,
lantas dia menundukkan pandangannya lalu beristighfar ,

Aku cuba menumpukan sepenuh perhatianku kepada tugasanku ,
walau terkadang mataku melirik padanya ,

Pulangnya aku ke rumah ,
ibu memberitahuku bahawa ada seorang jejaka telah masuk meminangku ,
dan ibuku menerima lamaran itu ,
kerana ibuku yakin jejaki itu baik orangnya ,
aku hanya mampu tersenyum ,
namun hatiku masih teringatkan lelaki di perpustakaan tadi ,
dan ibuku menyarungkan aku cincin pertunangan itu

Esoknya....

Aku masih lagi ke perpustakaan ,
dan masih berjumpa lelaki kelmarin ,
bila aku memandangnya ,
dia membalas pandanganku dengan senyuman ,
alangkah bahagianya aku ketika itu .
Dan sejak daripada itu , aku sering ke perpustakaan itu semata mata untuk berjumpa dengannya .
Dia juga masih tetap berada di perpustakaan itu

Tiga bulan kemudian....

Hari ini kerusi itu kosong lagi ,
Kali ini sudah seminggu dia tidak datang ke perpustakaan ,
meskipun aku tidak tahu namanya ,
tapi seakan akan aku rindu padanya ,
Hanya terlihat kawannya yang masih setia bersama laptopnya

Setahun kemudian,,,

Ibu memberitahuku bahawa majlis perkahwinanku sudah dekat ,
namun ingatanku masih lagi bersama lelaki di perpustakaan dulu ,
sudah lama aku tidak menemuinya ,
senyumannya , aku rindukan senyumannya ,
namun sekarang fokusku hanya untuk calon suamiku ,
yang tak lama lagi aku akan menjadi miliknya secara zahir mahupun batin ,

Ibu menyuruhku ke kedai Cincin bersama calon suamiku ,
ibuku memberitahuku bahwa dia akan menjemputku ,
sedang aku menunggu ,
tiba tiba kereta Honda Accord berhenti di depanku ,
dan pabila aku masuk ke dalamnya ,
aku terkejut !
Kerana lelaki di perpustakaan dulu yang memandu kerta itu !
Aku bertanya "A...AA..Awak ni siapa ?"
Lantas dia menjawab "Awak tak kenal saya ? Dah lupa saya ?"
Aku berkata "Awak yang saya selalu jumpa kat perpustakaan dulu kan ? Kenapa awak datang sini?"
"Awak tak tau lagi ke ? Lepas saya jumpa awak kat perpustakaan dulu , saya terus masuk meminang awak ! Alamat rumah awak saya tanya kat kawan awak lahh , yang selalu duduk sekali dengan awak kat perpustakaan"

Aku tersenyum ,
sungguh aku tak sangka kisah percintaan aku tiada langsung bicara kata ,
walau sepatah ,
tidak pernah aku bercakap dengannya ,
namun ternyata , cintaku milik dia !

Terima Kasih Perpustakaan Cintaku !

2 comments:

  1. kak Hiqmah !
    bestlah...

    ReplyDelete
  2. nie sapadya tatau ?
    maseh2 la ,
    dapat idea drpd cikgu kami :))

    ReplyDelete