26 March 2012

(cerpen) Seandainya dia tahu , Ya Allah

"Kriiiinggggggg , kringgggggggggg" loceng sekolah berbunyi . Telah tiba saatnya pelajar Sekolah Kebangsaan Agama Darul Hikmah rehat ."Hiqmah ! Cepatlah , nanti enti tak sempat nak hantar surat , dia selalu rehat awal , cepatlah !" Sahabat baik Hiqmah , Farah , memarahinya ."Macam mana nak hantar ? malulah ana -,-" . Ish , enti ni ! meh ana yang hantarkan !" kata Farah


"Naim , Hiqmah ada bagi surat kat enta , harap sudi baca dan balas :)" , lantas Farah berikan surat itu kepada Naim , ketua pelajar di sekolahnya . Saat itu , Hiqmah hanya berusia 8 tahun , manakala Naim berusia 12 tahun."Owh , syukran" balas naim


Dibukanya surat itu , tertulis ,


"Assalamualaikum , ana harap enta tak marah ana menulis surat ini , harap tiada fitnah menimpa kita berdua .Ana hanya ingin meluahkan perasaan kepada enta , ana dah lama meminati enta hanya sebagai seorang Qudwah Hasanah untuk ana . Ana harap perasaan hormat yang ana tumpahkan kepada enta ini tidak salah di sisi agama . Ana juga manusia , punya perasaan yang Insyallah , ana minta lindungan Allah . Agar Allah menjaga hati ini dari dirampas oleh mana mana manusia sembarangan . Setiap kali anan lalu di kelas enta , ana akan perhatikan enta di luar kelas mahupun hanya di celah tingkap . Sudah memadai untuk mengubat rindu ini , Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa indahnya hari hari yang ana lalui setiap kali mendengar enta mengalunkan kalimah doa bg memulakan hari hari ana ."


"Astaghfirullah , Naim....."


Di saat Naim usai membaca surat itu , rupanya Hiqmah mengintai di sebalik bangunan . Naim yang cuba mengawal emosinya yang marah itu terus mengoyakkan kertas itu lalu ditaburkan ke dalam tong sampah . Hiqmah yang sedang mengintai , menitiskan air matanya . "Sanggup enta buat macam ini pada ana ?" bisik hatinya.


Sejak daripada kejadian itu , Hiqmah mulakan lembaran baru hidupnya . Dilupakan perkara itu lalu difokuskan hanya untuk pelajaran . Naim yang telah mengambil peperiksaan UPSR telah lulus dengan cemerlang lalu melanjutkan pelajarannya di Maahad Tahfiz Darul Hikmah .


3 tahun selepas itu , Hiqmah juga turut cemerlang dalam UPSR lalu meneruskan pelajarannya di Maahad yang sama .


Hari demi hari , Hiqmah semakin cemerlang hingga peperiksaan pertengahan tahun semasa dia tingakatan satu , beliau telah mendapat no 1 dalam ranking dengan mendapat 100% dalam semua matapelajaran . Perkara ini amat menakjubkan semua orang termasuk Naim yang merupakan Ketua Badar di Maahad Tahfiz Darul Hikmah . Namun , Naim tidak dapat berjumpa Hiqmah dek kerana ramai pelajar muslimat di Maahad itu memakai Purdah . Apa yang diketahui olehnya , hanya satu petanda . Hanya Hiqmah seorang yang memakai sarung tangan yang menutup semua jari.


Kerapkali Naim tercari cari pelajar yang pernah menjadi juniornya itu . Namun hampa, Hiqmah dikawal ketat oleh semua ustazah ustazah . Kerana tidak mahu dia bercampur dengan pelajar muslimeen .


Pada malam harinya , Naim yang masih belum tidur , termenung mengenangkan bulan dan Hiqmah , "seandainya dia tahu Ya Allah..." bisik hati Naim






"Hafizah , mana file yang ana letakkan di meja koperasi semalam ?" soal Hiqmah


"Ish , ana pun tak tahulah" jawab Hafizah


Hiqmah yang merupakan salah seorang AJK Koperasi sekolahnya sedang bertugas menjaga koperasi di waktu rehat dan petang hari Isnin dan Rabu kerana semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama . Dan pada setiap hari Isnin dan Rabu jugalah Naim melihatnya menjaga kaunter koperasi tanpa jemu .






"Hiqmah , ana ada perasankan seorang muslim ni , dia selalu perhatikan enti tiap kali enti mula bertugas sampai habis , mungkin dia minat enti tak ?" kata Hafizah


"Huh ? Muslim ? Agak agak enti kenal siapa dia ?" soal Hiqmah


"Takkan enti tak kenal kot ? Ketua Badar sekolah kita lah , Muhammad Azhar Naim Al Hakam" jawab Hafizah


Hiqmah terkejut , mana mungkin seorang Ketua Badar minat padanya . Teringat kembali bagaimana Naim mengoyak ngoyakkan suratnya dahulu . "Jangan Hiqmah , duniawi semata mata" kata hatinya


Setelah menduduki SPM , Naim mendapat tawaran ke Universiti Al Azhar , Kaherah , Mesir . Naim sedih kerana terpaksa berpisah dengan Hiqmah . "Seandainya dia tahu Ya Allah...." kata Naim


Hiqmah jadikan Naim sebagai contoh . Hiqmah berusaha sedaya upaya untuk melayakkan diri untuk ke luar negara . Akhirnya , dengan berbekalkan 15 A1 yang dicapainya , Hiqmah berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti Ain Syams .










Masing masing sibuk dengan pengajian masing masing ............


Naim yang telah membuat keputusan untuk menetap di Mesir , membeli sebuah rumah banglo dengan niat di hatinya , agar Hiqmah menjadi permaisuri di rumah itu .


Sedang Naim berkhayal di Sungai Nil , tiba tiba dia terdengar seseorang membaca Al Quran . Dia tercari cari siapakan yang gemersik alunannya mengalunkan kalimah kalimah cinta Allah ? Siapakah dia .Sedang dia tercari cari , suara itu berhenti . Naim kecewa . Sejak daripada itu , setiap hari Naim menunggu suara itu , Namun setiap hari jualah , hanya terdengar kicauan burung . 


Naim yang bagai orang gila , menunggu tanpa henti . Rupa rupanya sudah tiga tahun dia menunggu . Kalau tidak ke Sungai Nil , dia akan ke banglo itu . Dihiasnya banglo itu secantik cantiknya sebelum Hiqmah menjadi permaisuri rumah itu .


Kawan baik Naim , Farhan , amat sedih melihat keadaan kawannya itu akhirnya membuat keputusan untuk masukkan dia ke dalam wad hospital gila . Akhirnya Naim melewati hari hari sepinya itu di dalam wad yang tiada bahagia untuknya .


"Siapa pesakit yang baru masuk tu?" soal Hiqmah pada jururawat pembantunya dalam Bahasa Arab


"Namanya Muhammad Azhar Naim Al Hakam ,sayang sungguh , kelulusan Al Azhar , tapi sudah gila" jawab jururawat itu


Hiqmah sungguh terkejut , alangkah terkejutnya Hiqmah . Kenapa Naim jadi macam tu sekali ? Kenapa ?


Akhirnya Hiqmah mengambil keputusan untuk berjumpa Naim . Walaupun Hiqmah berada di hadapan Naim , namun tiada langsung ekspresi ataupun riak muka dari Naim .


Lalu Hiqmah bertanya "Apa yang dah terjadi pada enta?" dalam bahasa Arab


"Dia datang , membacakan ana surat surat cinta Allah......" Jawab Naim 


"Siapa dia ?" soal Hiqmah


"Muslimah solehah yang Insyallah , mungkin namanya sudah tercatat sebagai salah seorang ahli Syurga"


"Maksud enta , enta tak tahu ? Bila dan dimana ?" soal Hiqmah lagi


"Di Sungai Nil yang penuh barakah , di hari saat kelahiran Rasulullah..."


"owh......." jawab Hiqmah






Hiqmah merawat Naim dengan penuh belaian kasih sayang . Disuapkan makan , Didengarnya cerita Naim meskipun apa yang diceritakan Naim itu adalah soal dirinya .


"Dia wanita solehah , ana tahu . Seandainya dia tahu Ya Allah........."


Hiqmah yang sedang memegang gelas , terkedu lalu gelas terjatuh dari tangannya . Naim yang juga sedang berjalan bersama Hiqmah terpijak serpihan gelas itu lalu berdarah kakinya . Naim tidak berbuat apa apa . Tiada langsung ekspresi sakit atau riak sakit di wajahnya .


Hiqmah yang sedang melihatnya keadaannya menitiskan air mata ,


"Adakah dia jadi sebegini rupa kerana aku Ya Allah?" bisik hatinya


Lalu Hiqmah merawat luka Naim dengan penuh kasih sayang . Saat Hiqmah sedang memebersihkan luka di kaki Naim , Naim terpandangkan Hiqmah . Dia terpandangkan sarung tangan Hiqmah lalu berkata


"Hiqmahhh , terima kasih....Ana cintakan enti kerana Allah..." bicara Naim 


Hiqmah hanya mampu tersenyum ,


Hari demi hari , Naim semakin sihat jua sembuh . Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meminang Hiqmah


"Aku nikahkan dikau Muhammad Azhar Naim Al Hakam bin Muhammad Zaim Abdul Aziz................................................................................................"


Maka terbinalah sebuah BAITUL MUSLIM yang Insyallah akan ke Jannah .


Naim banyak mendidik Hiqmah dengan lebih mendalam lagi soal ilmu agama .Mereka tersangatlah bahagia.


Suatu hari , saat mereka baru keluar dari Supermarket , Hiqmah yang sedang melintas di belakang Naim dilanggar dengan dasyatnya denga sebuah Honda Accord.


"Abannggggggggggg....."


Naim yang saat itu sedang melintas meluru berlari ke aras Hiqmah , "sayangggg , Ingat Allah sayanggg , mengucapppp...!!!! Ya Allahhhh...!!!!!! Hiqmahhh...!!! Tahan Hiqmah tahan..!!! ada orang lagi seksa drpd kitaaaaaa"


Setelah 5 minit , ambulans pun sampai . Sepanjang perjalanan , Hiqmah sentiasa memegang erat tangan Naim , Naim pula tak putus putus mengalunkan kalimah cinta Allah .


Hiqmah didapati kritikal dan telah koma untuk 6 bulan setengah . Selama 6 bulan jugalah Naim tak putus putus datang menjenguk Hiqmah dan terus menerus berdoa .


Sedang Naim khusyuk berdoa , tiba tiba Hiqmah sesak nafas . Naim segera mendapatkan Hiqmah , Naim genggam erat tangan Hiqmah . Lalu Naim memanggil doktor .


Hiqmah terpaksa dibedah untuk kali ke 7 , Sambil menunggu Hiqmah habis dibedah ,  Naim berdoa , mencurah curah air mata Naim , Akhirnya Naim rebah di atas sejadah..






"Abangg ," akhirnya Hiqmah sedar


"Ya sayang , mak kat sini " ibunya pergi mendapatkannya


"Mana Naim mak ?" soal Hiqmah


"Naim sibuk , sayang rehat dulu yaa?" jawab ibunya


Lantas Hiqmah memejamkan matanya ...


Hiqmah beransur ansur pulih , namun Naim langsung tidak datang menjenguknya .Akhirnya , Hiqmah dibenarkan balik .


Saat Hiqmah sampai di rumah , terdengar bacaan tahlil oleh jiran jirannya . Lalu Hiqmah bertanya


"Siapa yang meninggal nie ?"


"Sayang masuk dulu , nanti mak jelaskan" jawab ibunya .


Hiqmah masuk ke dalam biliknya . Dilihatnya sebuah sampul berwarna biru bertulis "Untuk Sayangku" .Hiqmah mengambil surat itu lalu dibacanya , surat itu berbunyi


"Assalamualaikum sayangku yang kucinta ,


Mungkin di saat sayang membaca surat ini , abang sudah tiada di sisi sayang . Sebab abang sangat sayangkan sayang . Maafkan abang kerana tidak berterus terang dengan sayang . Ingat sewaktu sayang memberikan abang surat ? Abang tidak berniat untuk mengoyakkan surat tu , saat itu abang hanya memikirkan diri abang yang terkena penyakit leukimia . Ya sayang , leukimia . Sebab itu abang menolak cinta sayang pada awalnya .Tapi sayang , waktu kita di Maahad Tahfiz , baru abang menyedari betapa abang sangat memerlukan sayang . Seandainya sayang tahu Ya Allah ...


Abang dah takder apa nak tinggal untuk sayang . Hanya Allah dan Rasulullah yang dapat abang tinggalkan . Sayang , sebenarnya abang tahu , orang yang bacakan abang alunan surat cinta Allah di Sungai Nil dulu sayang kan ? Kerana waktu abang cari sayang , abang ternampak bayangan sayang , abang dah boleh agak waktu tu . Abang tersangat sangat gilakan sayang waktu tu . Saat manis kita bercinta dalam redha Allah tak dapat abang lupakan . Akhir sekali , terima kasih kerana membawa abang keluar dari kegelapan...."


Menitis air mata Qalbi , Qalbi simpan kertas itu lalu pergi kepada ibunya .


"Apa dah jadi dengan Hiqmah ? Apa dah jadi dengan Naim ?" soal Hiqmah


"Sebenarnya akibat Hiqmah accident hari tu , hati Hiqmah rosak " jawab ibunya


"Lepas tu?" soal Hiqmah lagi


"Waktu Naim dalam surau , Naim makin tenat dengan Leukimia , waktu kami nak dapatkan rawatan untuk dia , dia tak bagi , dia kata dia nak dermakan hati dia untuk Hiqmah" jawab ibunya


Hiqmah terduduk menangis "Ya Allah , jadi hatiku adalah hatinya , dan hatinya adalah hatiku? Kenapa bahagiaku hanya sekejap ?" 


Akhirnya Hiqmah keseorangan dan melewati hari hari sepinya dengan berbekalkan Allah dan Rasulullah di hatinya.....



                       -THE END-

No comments:

Post a Comment