01 December 2011

Surat Cinta Untuk Bakal Suamiku :)

Assalamualaikum,

Apa khabar di sana ? Aku berharap agar kau masih lagi sihat dan kekal bersama solat, zikir dan ibadah ibadah kau

Seandainya kita ditakdirkan untuk berjumpa, aku berasa amat malu. Kerana diriku ini masih belum sempurna di sisi Allah. Masih lagi dengan kelekaan dan kealpaan, untuk berjumpa denganmu yang sangat sempurna imanmu, cantik akhlakmu, indah budi bahasamu, Namun aku masih cuba mempersiapkan diriku ini dengan iman yang teguh, kata kata yang manis , budi bahasa yang sopan serta akhlakku sebagai seorang muslimah, mujahidah , mukminah dan muslehah yang sejati.

Aku cuba menjaga auratku agar hanya kau yang boleh memiliki diriku. Aku cuba menjaga batasanku dengan lelaki lain kerana aku takut rahsia dan perihal diriku diketahui orang lain dan agar kau seorang sahaja yang tahu sebagai suamiku. Aku cuba menjaga pandanganku agar hanya wajahmu yang akan ku tatap nanti. Aku cuba menjaga hatiku , jiwaku , kasihku dan cintaku hanya untuk Allah dan Rasulnya seterusnya untuk dirimu.

Cintakah , kasihkah kau kepadaku sebenarnya ? Aku tahu, cintamu dan kasihmu hanya untuk Allah dan Rasulnya. Tetapi tidak terdetikkah sekelumat pun cintamu untukku? Aku tahu, kau cuba menjagaku tentang auratku, perilaku ku, kata kataku. Bahkan kau sentiasa menasihatiku apa yang baik dan  yang buruk untukku dan memberitahuku apa yang aku tak tahu.

Setiap lafaz ayat Al Quran, hadis dan sunnah yang dilafazkan olehmu merupakan kata cinta bagiku. Setiap lafaz teguran dan nasihatmu merupakan tanda cinta kepadaku. Kau ajarku erti kesabaran, derita , dan kesyukuran. Dan kini aku sedang sabar menanti dirimu, derita dengan cintamu dan bersyukur atas pertemuan kita.

Salahkah aku mencintai dirimu? Salahkah orang yang banyak berdosa ini mencintai seseorang yang sangat dikasihi Allah? Hina sangatkah aku ini sehingga tidak layak mendapat tempat di hatimu? Tidak aku berbeza dengan wanita wanita lain yang inginkan seorang insan yang sempurna.

Saat kau mula menyuruhku bersabar, hatiku bergetar, adakah ini cinta? Tetapi tidak, kau mula mengatakan bahwa cinta kepada manusia itu derita, aku mula kecewa. Tetapi kau mula mengatakan bahawa cinta sesama manusia itu fitrah dunia dan kita harus bersyukur dengannya. Hatiku bertanya , adakah orang yang ditakdirkan untukku ?

Tetapi cintaku padamu tidak pernah melalaikanku terhadap Allah dan Rasulnya. Setiap kali kau lafazkan kata cintamu, cintaku semakin dalam dan mekar bagai mawar tanpa duri , anggur tanpa biji dan cinta tanpa derita.

Aku tahu diriku tak sempurna Siti Khadijah, tak sekasih Aisyah , tak seberani Sumayyah, tak seikhlas Rabiatul Adawiyah. Namun cintaku padamu melebihi segalanya.

Sampai di sini sahaja warkah cintaku untukmu. Semoga kita berjupa dengan takdir dan jodoh-Nya. Salam Cinta

                                                                                                                      Yang tulus mencintaimu,

                                                                                                                  NURHIQMAH HAWA

2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah , surat cinta pertama yang saya karang :)

      Delete