29 November 2011

Mencintai seseorang yang tidak mencintai kita

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua pembaca , marilah kita sama sama memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana telah memberikan kita peluang untuk terus bernafas hingga ke saat ini . Alhamdulillah

Mencintai seseorang yang tidak mencintai kita ? Relevankan perkara itu ? Perkara ini memang sering terjadi terutamanya kepada golongan remaja . Bila cintanya tak dibalas , mula bersedih lalu diceritakan pada status Facebook . Perkara ini bukan sahaja membazir air mata tetapi membuang masa . Sepertimana yang kita tahu , membuang masa itu salah satu daripada dosa kecil . Dosa kecil jika diamalkan terus menerus akan menjadi dosa besar . Na'uzubillahiminzalik :)

Cuba kita berfikir sejenak . Layakkah orang itu yg menjadi panyebab kita menitiskan air mata ? Lebih baik sekiranya kita mengalirkan air mata itu untuk menjadi bukti taubat kita kepada ALLAH :)
Cinta kepada Allah itu bukan sahaja cinta yang hakiki dan abadi , tetapi juga cinta yang membawa ke syurga . Kita mencintai seseorang itu , adakah dia yg memberi kita rezeki , adakah dia yang menjaga kita 24 jam ? Atau dia yang mengabulkan segala permintaan hajat kita ? Oleh kerana bukan dia maka dia tidak layak memiliki cinta kita .

Kenapa Allah yang perlu dicintai ? Sebab yang pertama ialah Allah yang pertama dan yang terlalu mencintai kita . Bukti ? Bukankah Allah telah membenarkan kita masih bernafas hingga ke saat ini ? Bukankah Allah yang masih memberi kita pendengaran , penglihatan ? Jikalau Allah tak memberikannya pada sesetengah manusia , mungkin ada hikmahnya . Allah tetap memberi kelebihan yang lain buatnya .

Jadi setakat itu sahaja coretan saya buat kali ini . Maaf jika ada yang terasa . Yang terasa itu syukur Alhamdulillah , anda masih ada Iman . Wassalam .

No comments:

Post a Comment