20 July 2012

Ramadhan ! You are targeted !

Assalamualaikum ,
Alhamdulillah , kalimah syukur terucap di atas papan kekunci , hati dan bibir ana buat masa sekarang. Aik ? Malam ni tarawikh dah ? Jadi macam mana wahai sahabat sahabat ana ? Sudah bersediakah kita semua untuk menyambut Ramadhan yang akan datang tidak berapa minit lagi ? Insyallah , moga Ramadhan ini kita semua dapat merebut segala yang dikurniakan oleh Allah .



"Jangan kira di mana kita bermula , yang penting di mana kita berakhir"
-Ustaz Othman Bin Ali-


Masih segar di ingatan ana kat kata yang begitu indah ini . Pernah sekali ana sembang dengan senior ana tentang bekas senior ana dulu . Senior ana ada berkata "Eleh , dia tu dulu pun dok couple sana sini , bila mai sekolah kita berubah mendadak , dok marah marah orang couple , Puihhhh , dulu dia lagi terokk" . Ana agak terkejut dengan pernyataan macam tu . Tapi ana hanya tersenyum , mengingat kembali kata kata Ustaz Othman . Semua manusia tidak sempurna , hanya mampu cuba menjadi yang terbaik .



"Nak berubah kena ada dua benda ; kesedaran dan peluang"
-Abah-


Tazkirah ringkas daripada abah sebelum kami memulakan bacaan Yassin . Kalau hanya ada kesedaran , tapi tak ada peluang , tak boleh nak berubah . Begitu jua sebaliknya , kalau ada peluang , tapi takdak kesedaran , takkan ada perubahan . Ya , ana juga mendapat banyak peluang , tapi apakan daya , kesedaran itu kurang .



Dalam ana menjalani hari hari ana , makin lama ana makin teruji dengan ujian yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi . Alhamdulillah , walaupun hampir berputus asa , namun di dalam hati sentiasa merasakan , akan ada yang sentiasa membantu ana . Ya ! Allah yang selalu membantu ana . Ana sahaja yang leka akan kehadiran Nya dalam membantu ana .



Bersamaan dengan bulan Ramadhan yang tak berapa minit lagi akan datang singgah kepada kita , makin lama makin banyak cabaran yg akan kita hadapi sepanjang bulan ini. Nama pun bulan mulia . Mesti orang orang yg menumpang sedikit sifat Allah Yang Maha Mulia itu akan menerusi bulan ini dengan membasahkan bibirnya dengan zikrullah , kayakan hatinya dengan kalamullah , sibukkan dirinya menjadi seorang 'abid (kali ni ejaan tak silap dah kot) .Bangun malam untuk berqiyamullail . SEKADAR YANG KITA MAMPU :)



Dan Insyallah , ana doakan antum semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna . Harap antum semua turut mendoakan ana juga . Ameen !

Assalamualaikum !

1 comment:

  1. Nor Anis Haifaa_9820 July 2012 at 17:58

    " we can't change if we can't change ourself first " maksudnya kita tak boleh berubah kalau kita tak ubah diri kita dulu.. Enti faham kan maksud ana ni? Ana selalu pegang kata-kata ni --> " perjuangan perlukan pengorbanan "
    so, enti kena terus berjuang dlam keadaan apa skalipun.. Ana doakan enti bahagia dgan apa yg ada dgan enti sekarang ni and hope u will BERJAYA di dunia dan di akhirat kelak..
    p/s : SALAM RAMADHAN KARIM DARI ANA, Nor Anis Haifaa..

    ReplyDelete