24 January 2012

Surat Kecil Untuk Allah (Part 3)

"Encik ? Encik ni keluarga Cik Qalbi ke ?", soal doktor India tersebut . " Err , tak . Saya kawannya . Ada apa ?" , jelas Naim . "Saya perlu bercakap dengan encik sebentar . Tapi bukan di sini , di luar " .

Naim dan doktor tersebut menuju keluar . "Sebenarnya macam ni encik , akibat hentakan yang kuat di kepala Cik Qalbi ketika jatuh , dukacita saya katakan , Cik Qalbi mengalami amnesia iaitu hilang ingatan . Dan oleh kerana kesan hentakan tersebut merosakkan saraf mata Cik Qalbi , penglihatannya akan hilang...." jelas doktor .
"Apa ? Takde cara lain ke doktor ? Saya sanggup bayar berapa pun jumlahnya , tapi tolong sembuhkan Penawar hati saya ! Tolong dok ! Tolonggg.......isk...isskkk....", kata Naim . "Maaf encik , duit tidak boleh selamatkan segalanya" .

Di rumah , Naim hanya menangis di katilnya . Mengimbau kembali kenangan kenangan mereka . Foto foto Qalbi menjadi tatapannya . Di dinding biliknya penuh ditampal gambar gambar Qalbi . Sungguh taksubnya Naim terhadap Qalbi . Doanya khusus untuk keselamatan dan kesembuhan Qalbi . Tiada harapan lagi untuknya , jika Qalbi menderita . Di mana lagi dia harus mencari Penawar untuk racun di hatinya ?

Sudah seminggu Qalbi dimasukkan ke hospital , akhirnya dia dibenarkan pulang ke rumahnya . Di rumahnya , Qalbi meraung bak orang gila . Dihempuknya segala barang barang . Pasu , cermin , semua menjadi sasarannya . Siapa yang tidak sedih pabila kehilangan salah satu pancaindera yang paling penting ? Dihentakkan kepalanya ke dinding . Berdarah menjurai kepalanya . Ibunya yang sedang melihatnya bergegas menuju ke arahnya . "Qalbi ! Qalbi ! Dengar cakap mak ni ! Kalau Qalbi nak mati sangat ! Bukan macam ni caranya ! Mata bukan penghalang untuk Qalbi terus berjaya ! " pekik ibunya . "Issskkk....iskkk....kenapa Qalbi tak mati je makkk ? Kenapa ? arrrrrgghhhhhhh...!!!!!! kenapaaaaaaaaaaaaa......!!!!!!!!!!!!!. Jerit Qalbi . "............................Kenapa...........................?"

Malamnya...

"Mak , Qalbi nak berhenti sekolah" terang Qalbi . "Kenapa ? Lepas tu ? Qalbi nak buat apa ?" soal ibunya terkejut . "Qalbi nak bersendirian di villa kita di kampung , Biar Qalbi hidup sendiri..." jelasnya . " Hah ? nak hidup sendiri ? Nak makan sendiri pun Qalbi tak mampu ! " . "Mak........"

Akhirnya , Qalbi dibiarkan hidup sendiri di villa di kampungnya . Hafizah yang merupakan sahabat baiknya sanggup berhenti sekolah untuk menjaganya .

" Assalamualaikum , Qalbi ?" soal Naim . " Maaf Naim . Qalbi takde kat sini . Dia pindah pergi villa kampungnya" . jelas ibu Qalbi . "Oh , takpelah kalau macam tu , saya pergi dulu ye makcik ? Terima kasih , Assalamualaikum..." . "Wa'alaikumussalam.."

" Macam mana Qalbi nak hidup sorang sorang ? , arrrrggghhhh ! aku mesti cari dia , jaga dia !......."

Penawar hatiku.......... !!!!!!!!!!

2 comments:

  1. wooo. gila bestt! cepatlah sambungg!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha , ya ka ?
      maseh2 , dalam usaha nak percepatkan plot ,
      haha , harap bersabar yea :)

      Delete