22 January 2012

Surat Kecil Untuk Allah (Part 2)

"Weyh Bi ! Jangan merajuk , cepat tua kau nanti ! Tak sempat menyempat pulak aku nak kawen dengan kau" pujuk Naim . Qalbi tersenyum dan tertawa , Naim memang pandai memujuk hatinya . "Hahaha" gelak Qalbi . "Haaa , mcm tulah bakal bini aku , selalu senyum , nanti kan Bi , bila aku dah takde , kau jangan nangis2 tau , aku sedeyh tgk kau sedeyh...."

Kadang kadang Qalbi diibaratkan robot kepada Naim . Bila Naim suurh makan ubat , baru Qalbi makan . Naim yang jaga makan minum Qalbi , apa yg Qalbi boleh makan dan tak boleh .

Di sekolah ...

Meja Qalbi duduk bersebelahan dengan Naim . Naim sanggup bertengkar dengan cikgu kelas supaya ditukarkan ke kelas yang sama dengan Qalbi . Tak cukup dengan itu , Naim juga sanggup bergaduh dengan Hafiz yang mulanya duduk bersebelahan Qalbi . Qalbi dan Naim sangat rapat sehingga ramai yang memanggil mereka "pasangan kekasih" . Manakan tidak , belajar , rehat , kerja dalam kumpulan , assignment semuanya mereka berdua akan lakukan bersama seperti belangkas .

"Naim ! Petang ni kita keluar g Fun Fair dekat Stadium nak tak ? Jom la ! Jom la !" rayu Qalbi . "Ish ! Kau nie giler ka ape ? Nak mampos dengan mak kau ? Kau mana boleh pergi tempat tempat macam tu ! Dah la berhabuk , kang aku jugak yang nak kena angkut kau . Penat la aku kalau macam nie , aku pun nak berehat jugak" . Qalbi tersentak . "Jadi , selama ni kau tak ikhlas jaga aku?",kata hati Qalbi . "Ok ! Fine !" . marah Qalbi sambil menghempapkan buku di atas meja .

Marahnya Qalbi kepada Naim sehingga mereka tidak bercakap dalam kelas . Qalbi tidak menghiraukan Naim tatkala Naim memanggil namanya .

Sedang Qalbi membaca buku di atas katil bersebalahan tingkap biliknya yang tertutup , tiba tiba sebuah kapal terbang kertas datang dari tingkapnya . Ditangkapnya akan kapal terbang itu . Bila dibuka , tertera 

Berbunga bunga hati Qalbi . Mungkin hanya Naim satu satunya lelaki yg mampu lakukan seperti ini . Sudah semestinya Qalbi akan membulatkan "yes" dan melipatnya kembali lalu menerbangkannya ke arah tingkap bilik Naim . Selepas beberapa minit , Naim menjerit " Siap cepaaat ! Pukul 5.00 aku nak gerak dahhh ! Kalau lambat aku tinggallll"

Sesampainya di Fun Fair , Qalbi bermain dengan sepuas hatinya . Naim hanya mampu menurutinya . Dalam hati Naim terdetik " Apa saja untuk Penawar Hatiku , apa saja". Tatkala Naim sedang mengelamun , Qalbi jatuh . Sudah semestinya asthma kembali menyerangnya . Naim menggapai Qalbi , cuba menenangkannya , menitis air mata Naim . "Panggil ambulans cepat ! tolong bagi laluan ! Tolonggggg !"

Di hospital , Naim menangis dan meraungnya . Memang salah tindakannya membawa Qalbi . Jika diikutkan hati , Naim memang tak ingin membawanya . Tapi apakan daya , kerana Penawar Hatinya , dia sanggup berbuat apa sahaja.

"Tahan Bi tahan ! Aku ada ! Tolong la weyh ! Jangan tinggalkan aku Bi , iskk....iskk....iskk ... aku dah takde sape . Aku ada kau sorang je .Aku nak kau jadi bidadari aku kat Syurga nanti . iskkk...Macam mana aku nak hilangkan racun dalam hati aku nie kalau Penawar aku takder ? Bi....iskkk....isk..."

Selepas usai Naim solat tahajjud dan solat hajat , Naim berdoa , "Ya Allah ya Tuhanku , setelah kau kurniakan aku penawar , kenapa kau kembalikan racunnya ? Penawar hamba hanya satu , Nurul Assyifa' Qalbi , sembuhkanlah dia , sihatkanlah dia , jangan kau tarik Penawar Hatiku........................."

1 comment:

  1. Err. sedih nyaa. nantii bila dah tulih sambungan cerita nii lagi. gitau ehh. nak baca lagii. XD

    ReplyDelete