22 January 2012

Surat Kecil Untuk Allah (Part 1)

"Aku sukakan kau", jerit seorang kanak kanak lelaki bernama Naim . "Aku sukakaaaaaaaan kauuuuuuu !", teriaknya lagi . "Kau ni kenapa ? Kang aku repot dekat mak aku kang , nahas kau" marah Qalbi . "Alah Bi , dari aku tadika sampai aku darjah 6 , aku sukakan kau sorang je , kaulah Cahaya Penawar Hatiku" .

Sudah ditakdirkan sejak dilahirkan , mereka berkawan bersama .  Tatkala seminit selepas Muhammad Azhar Naim dilahirkan , maka lahirlah seorang bayi perempuan bernama Nurul Assyifa' Qalbi . Oleh kerana orang tua mereka jiran , maka mereka biarkan anak anak mereka bermain bersama . Tatkala Qalbi menangis , Naim akan memujuknya dengan memanggilnya "Cahaya Penawar Hatiku" sesuai dengan maknanya . Ibu bapa Qalbi juga tidak mampu memujuknya dengan cara Naim . Hanya Naim yang akan membantu Qalbi menyiapkan kerja sekolah , bermain dengan Qalbi , mendengar segala isi hati Qalbi . Dan hanya Naim yang tahu apa yg menjadi kesukaannya .

7 tahun kemudian ...

"Bi , aku suka la dengan kawan kau tuh , ish , lupa pulak nama dia", jelas Naim . "Hafizah maksud kau? Gatal la kau ni . Macam kau tak kenal Pjah , dia mana layan mamat cekedeng macam kau ni . Dia layan yg alim alim je , kau tak payah nak try , belum try dah kena reject:", perli Qalbi ."Alah kau ni , jeles la tu , dari kechik sampai besar walaupun aku tak sebesar mana aku tetap suka kau sorang je lah , lagipun kita dah janji kan nak kawen nanti bila aku dah mampu ? Aku ingat janji aku Bi , Aku tak pandang perempuan perempuan lain semulia kau Bi . Kalau dalam hati aku nie ada satu tempat kosong Bi , aku letakkan nama kau je dalam hati aku" . Qalbi sangat tersentuh , tatkala hanya Naim seorang yang mampu menenangkan jiwanya .

Qalbi menghidap penyakit asthma yang serius . Pernah sekali tatkala Qalbi penat , Naim yang menolongnya bawa ke hospital . Naim sanggup ponteng sekolah demi Qalbi sehingga dimarah guru disiplinnya . Apabila ditanya , dia hanya akan menjawab "Segalanya untuk Cahaya Penawar Hatiku".

"Qalbiiiiiii ! O Qalbi oiiiiiiiii ! Jom ronda ronda kampung , aku tumpangkan kauuu ! , jerit Naim . "Tunggu jap , aku tengah bersiap ni" jelas Qalbi .

5 minit kemudian ...

"Jom !" senyum Qalbi . "Amboi , segaknya Penawar Hatiku nie , patutla lama sangat menghadap cermin , aku rasa lama lama , cermin tu pecah jugak kes menghadap muka kau sorang je , haha" sindir Naim . "Erggghh ! Kau ni ! Dahla , jom !".

Naim membawa Qalbi dengan penuh cermat lalu disinggahnya di tepi sungai . Sungai yg punya aliran yg sederhana , air yg tidak tercemar , merupakan salah satu "trademark" kampung mereka . Dari mereka kecil hingga sekarang , di situlah tempat mereka habiskan masa bersama di waktu petang.

"Naim , kenapa kau sukakan aku?" soal Qalbi . " Kau nak tau kenapa? Sebab kau busukkkk sangat , sebab tu aku suka kau , hehe" kata Naim sambil ketawa . "Kau nie ! tak habis habis dengan loyar buruk kau ! Geram akuu !" Kata Qalbi marah sambil pergi menuju basikal .

"Kerna kau Cahaya Penawar Hatiku......... Nurul Assyifa' Qalbi , kau takkan faham ...."

2 comments:

  1. cehhh , hiqmah , bangga sat nma aq da dlm blog hg , cma tmbh qalbi ja , yg len semua sma dh , hehe

    ReplyDelete
  2. pergh....! mmg cun! buat lg cerpen yg brtmbh mantap...this time, guna nama aliaa lak...haha

    ReplyDelete