"Orang macam kau ni , layak masuk neraka je "
" Kau tu , dah kompom kompom masuk neraka "
Dan bermacam macam hinaan lagi .
Ehek ehek .
Untuk entry kali ni , aku taknak tulis panjang panjang , sebab nanti korang yang pening . Saje nak cuba hapdet jugak blog aku yang dah lama berhabuk ni .
Albert Einstein , kononnya dicop pelajar yang takde mase depan dan budak paling bodoh oleh guru gurunya . Hasilnya ? Beliau merupakan pencetus teori kerelatifan iaitu E = mc kuasa dua .
Cukup satu contoh .
Kat situ kita dah boleh nampak , betapa seorang manusia tu tak boleh menjangka masa depan seseorang . Betul tak betul tak ?
So , kita kalau jumpa seseorang yang tengah buat maksiat , kita tak boleh nak judge diorang such as
" Weyh , kau ni buat maksiat hari hari , Allah dah tak terima tau ! Kau ni , pergi mati masuk neraka je lah ! "
Kadang kadang orang yang kita hina tu , akan jadi lebih baik daripada kita pada masa depan . Mane tahu kan ?
" Terima kasih kepada kau yang menghina aku dulu , disebabkan hinaan kau itulah aku boleh berubah ke arah yang lebih baik daripada kau "
Korang nak macam tu ? Korang nak dia ja yang masuk syurga ? Sepatutnya korang join dan ajak dia sekali ? Bukan hina saja .
Perasan atau tidak , sikap kita yang suka judge orang mengalahkan referee bola sepak secara tidak langsung membuatkan kita mengambil alih tugas Allah .
Perasan tak ?
Dan satu lagi , manusia suka judge orang tak tentu pasal .
Allah nak judge makhlukNya pun , Allah ambil kira sekecil kecil perkara . Dahtu kita sebagai manusia ? Apa hak kita ?
Lagi satu geng geng pakai tudung labuh , pakai purdah , niqob and so on . Jangan pandang orang yang tak tutup aurat tu dengan pandangan yang sinis . Pandangan tu bukan nak menyedarkan dan membuatkan diorang terasa dan insaf , tapi membuatkan diorang rasa benci dan meluat kat korang .
Sepatutnya korang yang pakai tudung labuh , purdah , niqob and so on ni bagi contoh yang bebaik , senyum , tunjuk akhlak Islamiyyah yang korang cerminkan melalui pakaian korang tu , bukan usha orang macam dia tu ahli neraka . MACAM KAU TU YANG PALING MULIA KAT MUKA BUMI NI . MACAM KAU TU DAH SAH SAH AHLI SYURGA .
Perlu ingat , manusia tu berubah . Berubah sedikit sedikit . Maka syaitan pun cuba sedikit sedikit . Maka orang yang sedang cuba berhijrah tu , jangan diganggu emosinya . Kau nak penampar ?
Bimbing dia , agar dia tak mudah jatuh . Doakan dia . Kan ?
So , jangan nak judge orang sesuka hati . Kau pun macam dia . Darah yang mengalir dalam badan kau , merah sama macam dia . (Lainla dia tu Mahsuri . hahaha)
So , aku nak sambung online Facebook .
Check it out . Bye !
Assalamualaikum .