02 June 2012

Perubahan Demi Perubahan (Transformasi)

Alhamdulillah , baru ana ada idea nak tulis apa kat blog ni , dah berhabuk dah pun . Jadi , tajuk di atas memang sedang dirasai oleh ana . Bila kita tahu kita perlu menginjakkan diri ke arah lebih baik , jangan fikir panjang . Terus kita injak . Kerana apa ? Perkara baik jangan dilambat lambatkan .

Acapkali ana akan terasa saat terserempak dengan muslimah yang pakai purdah ni. Memang ana kagum dengan kekuatan mereka . Kerana purdah itu amanah Islam yang sangat berat . Nama baik Islam ada dalam tangan mereka . Dari kechik lagi ana nak pakai tudung labuh . Dan itu salah satu sebab selain nak pakai baju batik . Ana masuk sekolah agama sebab nak pakai tudung labuh dan baju batik sahaja . Mula mula pakai tu memang rasa "labuh gilerr tudung aku niee" juga "payah arr nak serika , banyak arr" . Tapi lama kelamaan , bila ana dah mula selesa dengan bertudung labuh , rasa singkatnya tudung yang ana pakai . Senang je nak serika :)

Ada juga sahabat sahabat ana yang pakai tudung labuh dalam sekolah , bila luar sekolah , tudung biasa (senior pun ramai) , Ana bukan nak paksa jadi macam budak budak Maahad tapi kita perlu contohi mereka . Kenapa dalam dan luar sekolah mereka tetap boleh pakai tudung labuh ? Bukan ana nak kata hipokrit cuma kita dah sekolah agama , jagalah nama baik sekolah kita . Nanti orang akan tanya juga "sekolah mana?". Ana tak paksa pakai tudung labuh terus . Tapi pakailah pakaian yang menutup aurat sepenuhnya . Labuhkan pakaian , tudung dan segalanya . Agar nama Islam tidak akan tercemar wahai sahabat :)

Kat rumah ana , ada sehelai purdah yang Insyallah , suatu hari nanti ana akan sarungkannya . Doa doakan ana . Ana memang nak pakai cuma takut dnegan ugutan abah "Kalau Hiqmah pakai , abah tak bg buang dah" . Jadi , ana rasa ana masih belum bersedia kerana ana masih sekolah . Memang sekolah bukan halangannya , cuma ana terpaksa terlibat dengan pelbagai aktiviti yang perlu "bersosial" . Tambahan pulak akhlak ana yang masih belum terjaga dnegan rapi dan belum dibentuk sepenuhnya . Masih belum bisa membawa amanah Islam yang berat :)

Dan sekarang , ana pakai sarung tangan penuh . Masih dalam proses percubaan . Tapi ana harap , sarung tangan ini akan membawa kesedaran kepada ana betapa ana sedang memikul amanah yang berat juga. Harap sahabat sahabat ana dapat mendoakan ana yang lemah ini :)

Di rumah , ana masih cuba "merajinkan" diri . Alhamdulillah , perubahan itu terasa jua . Tapi rasa "kemalasan" itu tetap ada . Orang ramai selalu cakap ana lebih sibuk belajar daripada menguasai ilmu rumah tangga . Abang ana pernah berkata "Hang pandai saja Hiqmah oii , masak tak reti...-___-" . Jadi ana agak terkilan maka dengan penuh azam , ana perlu ubah keadaan ini . Insyallah , harap antum semua dapat doakan ana :)

Setakat itu sahaja celoteh ana setelah lama jari jemari ini tidak menari di atas papan kekunci ini :)
Assalamualaikum ~

3 comments:

  1. Changing for good is not a crime, hiqmah .
    Kita sama-sama berubah . Insya'Allah . ;)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, hiqmah.. u so good.. Alhamdulillah.. Dapat jugak ana seorang sahabat seperti yang x jemu2 untuk x brputus asa.. Ana harap , suatu hari nanti ana akan jadi seperti enti.. InsyAllah..
    Ikhlas daripada Anis Haifaa a.k.a N.A.H

    ReplyDelete
  3. Nor Anis Haifaa20 July 2012 at 17:49

    * seorang sahabat seperti enti

    ReplyDelete